Monday, June 21, 2010

kjkf terengganu





*gambar gambar sebelum hari karnival*



jangan lepaskan peluang untuk bersama dengan karnival jom ke felda di terennganu pada 24-26 jun ini di padang awam felda kerteh lima.

pelbagai acara menarik yang akan kami bawakan di terengganu ini...
selain itu pelbagai barangan promosi yag akan kami jual di sepanjang hari karnival nanti..

jadi kepada semua warga felda di terengganu ini jangan lepaskan peluang anda untuk melihat sendiri kemeriahan karnival jom ke felda ini!!

jumpa anda disana!!!!!!!!!!!

Friday, June 4, 2010

karnival di bandar pusat jengka


assalamualaikum.. kepada semua pembaca blog karnival jom ke felda...

pada 28, 29 dan 30 mei karnival jom ke felda telahpun mengadakan karnival di bandar pusat jengka. kami telah memilih bandar pusat jengka sebagai lokasi ke-4 untuk jelajah karnival jom ke felda 2010.

kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penduduk jengka yang hadir dan memeriahkan lagi karnival jom ke felda di bandar pusat jengka.
kita jumpa lagi tahun hadapan!!!


p/s untuk melihat gambar2 sepanjang karnival jom ke felda di pusat bandar jengka. anda boleh terus pergi di fan page facebook kami.

Thursday, May 6, 2010

jom ke felda di felda tunggal kota tinggi johor.

ikuti perkembangan karnival jom ke felda di felda tunggal melalui facebook kami.

Sunday, April 11, 2010

Saturday, March 20, 2010

Karnival Jom Ke Felda siri 1 -wilayah trolak- (malam pertama)



















Pada malam pertama karnival pihak astro oasis telah mengadakan forum perdana bersama
"Dato' Fadzilah Kamsah." dan diiringi oleh Dato' Ahmad Maslan selaku (timbalan menteri dijabatan perdana menteri)


-MALAM KEDUA-

Sunday, February 21, 2010

PENGUMUMAN:

PENGUMUMAN:

pihak kami akan menukar jadual karnival jom ke felda 2010 siri 1. lokasi: negeri perak, wilayah trolak. tarikh: 5 - 7 march 2010 -harap maklum- TQ

Saturday, February 6, 2010

30 ARTIS MASUK FELDA






SESUDAH menjadi peneraju baru, Harun Salim Bachik selaku Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dan pasukannnya mula menyusun strategi menarik.


Semuanya bertujuan menjadikan Seniman lebih proaktif dalam bertindak membela nasib ahli-ahlinya.

Selepas melancarkan Skim Persaraan dan Skim Insurans Berkelompok pada 14 Januari lalu, Seniman meneruskan agenda baru dengan menganjurkan Karnival Jom Ke Felda. Acara ini yang diadakan dengan kerjasama dengan Per tubuhan Usahawan Generasi Felda Malaysia (PUGFM) di jangka menarik perhatian apabila mengajak artis bertemu peminat di kawasan Felda dengan lebih dekat.


Harun berkata, acara berkenaan akan berlangsung pada Mac nanti membabitkan 10 destinasi bermula Felda Jengka, Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Terengganu, Johor Bahru, Kelantan dan Perlis. Acara selama tiga hari ini menyediakan pelbagai aktiviti seperti sukan bersama artis dengan peminat, forum, per sembahan kebudayaan, senamrobik, pameran dan gerai jua lan.


“Di kesempatan bertemu peminat, Seniman juga akan mempromosi kad Senicare yang tertakluk dalam Skim In surans Berkelompok. “Sebelum ini, ketika skim ini dilancarkan ia hanya terhad pada golongan artis untuk turut serta.


“Bagaimanapun, menerusi acara karnival seperti ini Se niman mahu mempromosikan skim ini pada orang ramai. “Untuk mendapat kemudahan seperti perlindungan insurans nyawa, Seniman menggalakkan mereka yang berusia tujuh tahun ke atas sertai skim ini.


“Bagi mereka yang menjadi ahli akan mendapat pelbagai kemudahan termasuk diskaun membeli produk Seniman seperti baju-T. Ketika ini, Seniman juga merancang untuk mendapatkan kemudahan lain seperti diskaun membeli tiket wayang,” katanya.


Harun yang ditemui pada majlis sidang media dan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) acara berkenaan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Hulu Klang, Selangor baru-baru ini, percaya acara ini mampu tarik perhatian ramai peminat.


Seramai 30 artis popular dijangka menyertainya.


Pada majlis itu, MoU turut ditandatangani antara Seniman, PUGFM dengan Empayar Kita Sdn Bhd yang bertang gungjawab menyediakan sistem bunyi pada acara berkenaan nanti. Hadir sama Presiden PUGFM, Nor Hisyam Abdul Ghani, Pengarah Urusan Empayar Kita, Mohd Ali Ismail (Ali Xpdc) dan Setiausaha Kehormat Seniman, Yusof Kelana. “Idea ini pada mulanya dicetuskan PUGFM dan selepas berbincang dengan Seniman, kami bersetuju untuk me nganjurkan acara ini untuk tempoh tiga tahun. “Pada acara ini, artis berpeluang menjual produk mereka seperti album mahupun barang lain yang dibawa sebagai duta produk.


“Saya menjangkakan acara ini mendapat sambutan positif daripada orang ramai. Ia juga merapatkan hubungan antara artis dengan peminat,” katanya.


Hisyam pula berkata, acara berkenaan turut bermatlamat memberi peluang pada ramai peniaga memasarkan barangan mereka. Malah, PUGFM sentiasa berusaha membangun peniaga di Felda dengan memajukan perniagaan sendiri.


“Berdasarkan penganjuran ketika acara yang sama diadakan pada 2006 dan 2007, kami kurang mendapat sokongan penaja. Namun, sambutan yang diberikan daripada orang ramai tetap menggalakkan hingga mencecah 30,000 pengunjung.


“Ini adalah kerjasama pertama kali antara PUGFM dengan Seniman dan ia bukan hanya menjadi platform artis bertemu peminat dengan lebih dekat, tetapi turut menggalakkan hubungan perniagaan antara peniaga,” katanya.

DIPETIK DARI

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/30artismasukFelda/Article